Friday, October 5, 2018
PENGENALAN TENTANG TAJUK SEMBELIHAN MENURUT SYARA'
Tuntutan mendapat makanan yang halal sewajibnya menjadi salah satu tumpuan penting setiap individu muslim di seluruh dunia kerana ia merupakan salah satu perintah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya.
Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.
Pengetahuan yang tepat dan jelas mengenai kaedah-kaedah penyembelihan yang mengikut lunas-lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor-faktor kesihatan.
MAKSUD SEMBELIHAN
Kamus Dewan Bahasa : Sembelih itu membawa maksud memotong leher binatang hingga putus marihnya
Istilah Syara’ : Sembelihan ialah satu perbuatan menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan dengan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang supaya halal dimakan dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM SEMBELIHAN
Hukum sembelihan adalah WAJIB supaya binatang itu halal dimakan.
Manakala binatang yang disembelih tidak mengikut hukum Syara’ ia diistilahkan sebagai bangkai dan najis serta HARAM dimakan.
DALIL SEMBELIHAN
Firman Allah SWT : “ makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayat-Nya” Al-Anam:18
Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan”. Al-Anam : 121
Sabda Rasulullah SAW : “ sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokanlah cara penyembelihanya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah peyembelihan itu”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM
SU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM PENGGUNAAN PELALIAN SELEPAS PENYEMBELIHAN Digunakan bagi mengurangkan kerosakan pada say...

-
PENGENALAN TENTANG TAJUK SEMBELIHAN MENURUT SYARA' Tuntutan mendapat makanan yang halal sewajibnya menjadi salah satu tumpuan pentin...
-
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada-Nya atas pelbagai kurniaan nikmat yang tak terhitung. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi M...
-
RUKUN-RUKUN SEMBELIHAN Rukun sembelihan adalah seperti berikut: RUKUN SEMBELIHAN A ) PENYEMBELIH : 1. ISLAM samada lelaki atau pere...
No comments:
Post a Comment