Friday, October 5, 2018

SU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM

  1. SU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM


  1. PENGGUNAAN PELALIAN SELEPAS PENYEMBELIHAN

  2. Digunakan bagi mengurangkan kerosakan pada sayap-sayap ayam tersebut. Menggunakan tenaga elektrik dan ia dipasang di sebelah penyembelihan Ada banyak pendapat yang menjelaskan kedudukan sistem ini samada ayam tersebut halal untuk dimakan ataupun tidak.

  3.  Ada pendapat mengatakan bahawa, penggunaan pelali terhadap ayam adalah halal untuk dimakan jika ia memenuhi syarat-sayarat sembelihan yang telah ditetapkan oleh syara’ jikalau urat halkum dan mari’nya sudah terputus Syarat lain yang menyatakan supaya ia halal antaranya ialah tidak berlaku sesuatu yang boleh membantu kematian binatang itu sebelum atau semasa berlaku penyembelihan

  4.  Akan tetapi apabila penyembelihan sudah berlaku, urat halkum dan mari’nya sudah putus, tetapi roh binatang yang disembelih belum keluar, lalu bulunya dicabut, kakinya dipotong atau digerak-gerakkan dan sebagainya, maka perbuatan seperti itu di hukum makruh. Dr. Muhammad Sulaiman Al- Asyqar menyatakan bahawa apabila dilakukan sesuatu perkara terhadap binatang selepas penyembelihan dan sebelum rohnya keluar, maka jumhur ulama fiqh berpendapat bahawa binatang berkenaan tidak haram dengan cara demikian.

  5. RUMUSAN Kesimpulannya, jumhur ulama’ berpendapat penggunaan pelali ke atas ayam adalah halal untuk dimakan sekiranya urat halkum dan mari’nya sudah putus walaupun rohnya masih ada

  6. PENYEMBELIHAN CUKUP SYARAT TETAPI DIPUKUL ATAU SEUMPAMANYA SUPAYA CEPAT KEMATIANNYA

  7. Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1996) berpendapat binatang yang disembelih cukup syarat tetapi dipukul supaya cepat mati adalah halal untuk dimakan. • Ini adalah kerana, sembelihannya adalah sempurna dari segi syara’ dengan putus halkum dan mari’

  8. Perbuatan memukul ini diqiyaskan oleh fuqaha’ dengan hukum makruh mematahkan tengkuk binatang kemudian menyembelihnya tetapi ia halal untuk dimakan

  9. RUMUSAN • Dengan hal yang demikian, makruh memakan binatang yang dipukul sesudah disembelih dan putus urat halkum dan mari’nya tetapi ia adalah halal untuk dimakan.

  10. PENYEMBELIHAN DENGAN MENGGUNAKAN ELEKTRIK, SUNTIKAN DADAH ATAU KAEDAH PENGSANKAN


  1. Penggunaan elektrik adalah untuk menenangkan binatang yang untuk disembelihkan. Selain itu, terdapat juga pihak yang pengsankan binatang itu dan menggunakan kaedah suntikan dadah terlebih dahulu sebelum disembelih. Perkara ini telah diamalkan oleh beberapa negara untuk menjadikan kerja penyembelihan lebih mudah.

  2.  Firman Allah s.w.t dalam ayat 3 Surah Al-Maidah : Maksudnya :diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan

  3. Berhubung dengan isu ini, ulama’ menegaskan bahawa ia boleh dijalankan dengan beberapa syarat iaitu: a) Ia dibenarkan jika cara itu dapat menenangkan haiwan tersebut disembelih serta melemahkan ‘tentangannya’ semasa disembelih. b) Kejutan elektrik atau penggunaan dadah itu tidak memberi kesan kepada nyawa binatang sembelihan tersebut.
  4. 26. Untuk syarat kedua, dalam keadaan itu, daging sembelihan tersebut haram dimakan atas andaian kematiannya adalah disebabkan oleh kejutan elektrik atau akibat penggunaan dadah untuk pengsankan sebelum disembelih. Ini kerana nas-nas fiqh menurut syariat Islam menetapkan bahawa daging haiwan sembelihan yang berkongsi sebab-sebab kematiannya adalah sebab haram dan sebab halal, ini dihukumkan haram. ( Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq : 1996 )

  5. RUMUSAN Penggunaan dadah, elektrik, kaedah pengsankan atau seumpama dengannya adalah dibenarkan selagi mana ia memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Syarat-syarat itu perlu diikuti disebabkan penggunaan pelbagai kaedah ini dibimbangi memberi kesan dan mungkin menjadi penyebab kepada kematian seekor binatang sembelihan itu. Perkara ini harus ditikberatkan kerana dibimbangi status halal atau haram daging sembelihan itu.

  6. PENYEMBELIHAN OLEH AHLI KITAB


  1. Ahli kitab merupakan mereka yang menganuti agama yang telah dibekalkan kitab kepada mereka seperti agama nasrani dan yahudi.

  2. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 5 : Maksudnya : pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) Dengan perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan Yang beriman, dan juga perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang Yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa Yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

  3. Ayat ini menunjukkan bahawa telah dihukumkan bahawa sembelihan yang dilakukan oleh ahli kitab adalah halal dimakan oleh umat Islam. Dan begitu juga sembelihan yang dilakukan oleh umat Islam adalah halal dimakan oleh ahli kitab.

  4. Menurut Yusuf Al-Qardawi, “Setiap makanan Ahli Kitab adalah halal bagi umat Islam kecuali binatang-binatang yang Allah jelaskan bahawa ia haram seperti khinzir dan seumpamanya, sebagaimana makanan umat Islam adalah halal bagi mereka.”

  5. Akan tetapi telah diriwayatkan oleh Imam Al-Maliki yang telah mengatakan: ‘Perempuan-perempuan ahli kitab halal bagi kita (umat Islam), melainkan perempuan Ahli Kitab Harb (umat Ahli Kitab yang perang dengan kita iaitu seperti Amerika dan sekutu-kutunya sekarang). Maka perempuanperempuan mereka dan sembelihan mereka adalah haram.’

  6. Menurut Ibnu al-Arabi pula, apa yang dianggap oleh ahli kitab sebagai penyembelihan bermakna halal buat umat Islam sekalipun menurut kita sembelihan itu tidak benar. Ini bermakna sembelihan ahli kitab yang mana pada mereka adalah halal sama ada sembelihan mengikut syarak atau sekadar membunuh, mencekik dan seumpamanya terhadap binatang yang sepatutnya disembelih, ia adalah halal juga bagi umat Islam.

  7. RUMUSAN Kesimpulan dari isu ini, sembelihan ahli kitab adalah halal bagi umat Islam dan sembelihan umat Islam juga halal bagi mereka. Sembelihan ahli kitab sepatutnya menepati syarak dan menepati suruhan Allah S.W.T. Akan tetapi, jika direnung kembali, masih wujudkah lagi ahli kitab di dunia ini? Wallahu A’lam

  8.  PENYEMBELIHAN DENGAN MENGGUNAKAN MESIN

  9. Sembelihan binatang hendaklah putus segala halqum iaitu urat salur nafas dan hendaklah putus segala urat laluan makanan iaitu merih dan sunat dipotong dua urat di belakang tengkuk binatang.

  10. Apabila orang Islam menyembelih dengan memotong semua urat halqum dan dipotong semua urat merihnya, maka sempurna sembelihan dan halal daging binatang itu untuk dimakan. Jika dipotong sebahagian halqum atau dipotong sebahagian dari merih atau sebahagian dari keduanya, maka tidak halal sembelihan itu dan binatang itu menjadi bangkai.

  11. Haruslah diketahui bahawa sembelihan itu hendaklah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri dengan memotong semua halqum dan semua merih binatang sembelihan. Oleh itu, tidak halal binatang sembelihan itu jika orang Islam menyembelih dengan menggunakan mesin kerana jika mesin itu yang memotong halqum dan merih dengan tidak disembelih oleh orang Islam itu sendiri, maka tidaklah dinamakan sembelih dilakukan oleh orang Islam. Akan tetapi ini dinamakan sebagai mesin yang menyembelih binatang itu.

  12. Ini tidak dinamakan sembelihan pada syarak dan ayam itu menjadi bangkai kerana orang Islam hanya menghidupkan mesin dan orang Islam itu tidak menyembelih leher binatang itu. (Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz : 1983)

  13. RUMUSAN Penggunaan mesin adalah tidak menepati ciri sembelihan yang memerlukan orang Islam itu sendiri untuk menyembelih sendiri binatang sembelihan itu. Jika digunakan mesin, ia adalah dijalankan semata-mata oleh mesin itu dengan orang menggerakkan suis mesin itu sahaja. Selain itu, penyembelihan mesin itu ada kalanya tidak sempurna disebabkan oleh penyembelihan yang tidak memutuskan segala halqum dan urat merih binatang sembelihan itu.



Alhamdulillah, bersyukur kita kepada-Nya atas pelbagai kurniaan nikmat yang tak terhitung. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah hingga Hari Kesudahan.

Hukum Mengambil Foto dan Video
Terdapat beberapa nas yang dikaitkan dengan pengharaman menghasilkan patung dan gambar.[1] Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:
لاَ تَدْخُلُ المَلاَئِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلاَ صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Maksudnya:  “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung”.
Riwayat al-Bukhari (2106)
Daripada Abdullah berkata aku mendengar Nabi SAW bersabda :
إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ القِيَامَةِ المُصَوِّرُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di Hari Kiamat ialah orang yang membuat gambar (patung).”
Riwayat al-Bukhari (5950)
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim mengatakan bahawa membuat gambar haiwan adalah diharamkan kerana ia termasuk dosa besar kerana meniru ciptaan Allah.
Kami berpendapat hukum asal menghasilkan fotografi dan videografi dalam harus. Ini kerana fotografi dan videografi tidak termasuk dalam kategori taswir (menggambar atau mengukir) makhluk bernyawa yang diharamkan oleh ramai ulama kerana hilangnya illah/sebab menandingi ciptaan Allah SWT. Al-Allamah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menukilkan dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (hal. 203) yang telah kami terjemahkan:
“Fatwa Syeikh Muhammad Bakhit (bekas Mufti Mesir) bahawa bergambar dengan alat fotografi itu ibarat menangkap bayangan dengan cara yang diketahui oleh ahlinya tersebut dan ianya sama sekali bukan cara yang dilarang oleh Islam. Inilah pendapat kami.”
Ini juga adalah pendapat Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya`rawi.
Namun, keharusannya bergantung kepada matlamat foto dan video tersebut dibuat. Jika tujuannya adalah baik dan keperluan maka hukumnya adalah harus. Sebaliknya, jika tujuannya adalah buruk maka hukumnya adalah dilarang.

Maksud Media Sosial
Manakala, maksud media sosial itu sendiri ialah “sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual.”[2] Ini termasuklah media sosial yang popular menggunakan gambar dan video seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.
Oleh sebab akses dan capaian yang begitu meluas melalui media sosial, timbul pelbagai reaksi terhadap satu-satu isu. Kadang-kadang suatu perkara yang pada asal hukumnya adalah disyariatkan di dalam Islam boleh disalahfaham dan mencalar imej Islam sama ada kerana tiada penjelasan, terdapat tokok tambah atau disebarkan tanpa adab Islam yang luhur. Ini banyak berlaku seperti dalam isu-isu pemerkasaan undang-undang Syariah, isu poligami, isu nasab anak zina dan tidak terkecuali isu berkongsi foto dan video penyembelihan haiwan korban melalui media sosial.
Oleh itu, di dalam fiqh dakwah terdapat konsep al-tadarruj (beransur-ansur) di mana sesuatu hukum syarak itu dilaksanakan dan diajar secara bermanhaj dan mengambilkiira keadaan mad`u (orang yang sedang didakwah dan diajar). Lihatlah bagaimana ayat-ayat pengharaman arak diturunkan sebanyak tiga peringkat bermula pada menyatakan keburukannya pada diri dan ibadat, seterusnya disarihkan pengharamannya. Ini kerana mafsadah jika ada manusia yang lemah imannya setelah memeluk Islam lalu keluar Islam itu lebih besar daripada terus difokuskan pada perlaksanaan syariat yang bersifat luaran.

Hukum dan Dawabit Perlaksanaan
Haiwan yang dihalalkan untuk dimakan seperti unta, lembu dan kambing, disediakan untuk ibadah korban seperti mana yang telah disyariatkan. Allah SWT menjadikan haiwan untuk maslahat hidup manusia. Sebahagiannya dijadikan sebagai kenderaan dan alat bertani manakala sebahagian lain dijadikan makanan. Jika suatu itu sudah disyariatkan maka sudah barang pasti ada kebaikan dan maslahat untuk hidup manusia. Yang penting, hendaklah syariat itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ihsan.
Justeru, kami berpandangan bahawa hukum menayang gambar dan video penyembelihan di media sosial adalah harus namun mestilah dilaksanakan dengan dawabit yang khusus. Dawabit atau garis panduang tersebut ialah:
  1. Hendaklah tujuan penerbitan gambar dan video penyembelihan tersebut bertujuan baik dengan dinyatakan penjelasan. Contohnya meninggi syiar Islam sempena Hari Raya, menunjukkan proses penyembelihan mengikut syarak, isu-isu syarak yang berkaitan dengan penyembelihan dan adab-adab ketika menyembelih. Firman Allah Taala:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
(Surah al-Dhuha: 11)
Imam al-Qurtubi (w.671) rahimahullah menyebut tafsir ayat ini: “Sebarkanlah apa yang Allah kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiranya nikmat tersebut adalah bentuk kesyukuran.”
Rujuk Tafsir al-Qurtubi (20/102)

  1. Hendaklah ditunjukkan akhlak, etika dan adab sebenar dalam Islam ketika menyembelih untuk menunjukkan konsep ihsan. Sabda Rasulullah SAW:
 Daripada Syaddad RA bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan atas setiap perkara. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Tajamkanlan alat sembelihan dan tenangkanlah haiwan sembelihan”.
Riwayat Muslim (1955)
Imam al-Nawawi (w.676) rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini menyebut:
“Sabda Nabi SAW tentang ‘maka bersikap ihsanlah ketika membunuh’ adalah umum meliputi setiap jenis benda hidup yang dimatikan sama ada binatang sembelihan atau bunuh balas akibat qisas, dan dalam hudud, dan perkara yang seumpamanya. Hadis ini adalah hadis daripada hadis-hadis yang merangkumi kaedah-kaedah asas Islam.”
Rujuk al-Minhaj Syarh Muslim (13/106)

  1. Hendaklah dielakkan unsur-unsur provokasi dan fitnah yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat dan menjadi tohmahan memburukkan imej Islam. Contohnya sengaja mencetuskan kenyataan atau tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina golongan bukan Islam atau komuniti yang memperjuangkan hak-hak binatang, atau memijak-mijak kepala haiwan sembelihan dan sebagainya. Sebahagian fuqaha mengatakan:
اِتَّقُوا مَوَاضِعَ التُّهَم
Maksudnya: “Takutilah kalian tempat-tempat yang boleh mendatangkan tohmahan orang.”
Kata Imam al-Ghazali (w.505) rahimahullah:
Hendaklah seseorang itu bertaqwa (menjaga dirinya) pada tempat-tempat yang boleh menimbulkan tohmahan bagi memelihara hati manusia daripada berburuk sangka dan lidah mereka daripada menyebut perkara yang mengaibkan. Ini kerana sekiranya dengan ucapan tersebut menyebabkan mereka bermaksiat kepada Allah maka orang yang menyebabkan juga adalah bersekutu melakukan dosa tersebut.”
Rujuk Ihya Ulum al-Din (2/201)
Kemudian beliau menyebut firman Allah SWT:
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.”
(Surah al-An`am: 108)
Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ؟ قَالَ يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ، فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya satu jenis dosa daripada sebesar-besar dosa adalah perbuatan seorang lelaki melaknat ibu ayahnya. Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimana seorang lelaki boleh melaknat ibu bapanya?” Baginda menjawab, “Lelaki itu mengejek ayah seorang lelaki lain, lalu lelaki tersebut mengejek ayahnya dan ibunya.”
Riwayat al-Bukhari (5973)
Di dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah SAW dilihat sedang berdua-duan dengan seorang perempuan. Lalu dua orang lelaki dari kalangan Ansar melalui kawasan tersebut. Sebaik sahaja mereka melihat Nabi, keduanya terus berjalan secara laju. Maka sabda Nabi SAW:
 عَلَى رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّة بِنْت حُيَي فَقَالَا‏‏ سُبْحَانَ اللَّه يَا رَسُولَ اللَّهِ‏!‏ ‏إِنّ الشَّيطَانَ يجَرِي مِن ابنِ آَدَمَ مَجْرَى الدَّم وَإِنِّي خَشِيْت أن يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرَّا
Maksudnya: “Nanti dahulu wahai kamu berdua, sesungguhnya wanita ini adalah isteri aku Safiyyah binti Huyaiy.” Lalu keduanya berkata: “Maha Suci Allah wahai Rasulullah.” Maka sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu mengalir dalam tubuh badan manusia mengikut saluran darah dan aku takut dia mencampakkan keburukan dalam hati kamu berdua.”
Riwayat Muslim (2175)
Ini menunjukkan bahawa adab seorang Muslim ialah tidak menimbulkan situasi yang boleh mendatangkan tohmahan kepada Islam dan maruah dirinya disebabkan perbuatan dirinya. Semoga penjelasan ini memberikan kebaikan kepada semua pihak dengan meraikan hak untuk beramal dengan agama tanpa meminggirkan sensitiviti warganegara yang lain.
Wallahua’lam.


[1] Rujuk Irsyad Al-Fatwa Ke-27: Hukum Pembinaan Monumen Atau Memorial Sebagai Peringatan http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/773-27
[2] https://ms.wikipedia.org/wiki/Media_sosial


PENGENALAN TENTANG TAJUK SEMBELIHAN MENURUT SYARA'

Tuntutan mendapat makanan yang halal sewajibnya menjadi salah satu tumpuan penting setiap individu muslim di seluruh dunia kerana ia merupakan salah satu perintah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya.

Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.

Pengetahuan yang tepat dan jelas mengenai kaedah-kaedah penyembelihan yang mengikut lunas-lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor-faktor kesihatan.


MAKSUD SEMBELIHAN

Kamus Dewan Bahasa : Sembelih itu membawa maksud memotong leher binatang hingga putus marihnya



Istilah Syara’ : Sembelihan ialah satu perbuatan menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan dengan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang supaya halal dimakan dengan syarat-syarat tertentu.


HUKUM SEMBELIHAN

Hukum sembelihan adalah WAJIB supaya binatang itu halal dimakan.

Manakala binatang yang disembelih tidak mengikut hukum Syara’ ia diistilahkan sebagai bangkai dan najis serta HARAM dimakan.

DALIL SEMBELIHAN

Firman Allah SWT : “ makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayat-Nya” Al-Anam:18

Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan”. Al-Anam : 121

Sabda Rasulullah SAW : “ sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokanlah cara penyembelihanya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah peyembelihan itu”.

Wednesday, September 5, 2018


RUKUN-RUKUN SEMBELIHAN

Rukun sembelihan adalah seperti berikut:


RUKUN SEMBELIHAN

A ) PENYEMBELIH :

1. ISLAM samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayiz ( perempuan-makruh )
2. AHLI KITAB Yahudi atau Nasrani.
3. BERAKAL – Berfikiran waras.
4. Tidak dalam Ihram Haji.

B ) BINATANG YANG DISEMBELIH.

1. Haiwan yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang yang memakanya seperti ayam, itik, lembu, kambing dan sebagainya.

2. Haiwan masih hidup ketika disembelih.


C ) ALAT PENYEMBELIH

1. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.

2. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.


D ) TEMPAT YANG DISEMBELIH

1. Memutuskan HALKUM : trakea ( tempat saluran pernafasan ) dan urat MARIH : esophagus ( saluran makanan dan minuman ) serta kedua-dua urat leher bagi binatang yang mudah diselenggarakan.

2. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti buruan dan dalam keadaan darurah ia boleh disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk mematikanya dengan syarat niat menyembelih.

HUKUM SEMBELIHAN MENURUT SYARA'


Definisi sembelihan

Menghilangkan syawa binatang yang halal dimakan denganmenggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah SWT. Sembelihan ini dilakukan dengan memutuskan dua urat iaitu urat marikh dan urat halqum.

Thursday, August 16, 2018

SU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM

SU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM PENGGUNAAN PELALIAN SELEPAS PENYEMBELIHAN Digunakan bagi mengurangkan kerosakan pada say...